Wednesday, May 2, 2012

25 Tahun...


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana saya masih dibei peluang untuk bernafas di muka Bumi ini hingga ke hari ini..

Alhamdulillah..
Saya masih punya kesempatan untuk menatap alam ciptaan-Nya yang indah permai ini..

Alhamdulillah..
Saya masih di sini, hari ini, menjalani kehidupan harian ketika usia saya genap 25 tahun.


Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..

Termenung sejenak... Lalu bertanya pada diri..

"Selama 25 tahun aku hidup, apakah yang telah aku sumbangkan pada diri aku ? Pada Pencipta-ku ? Ibubapa-ku ?

Sebak. Gelisah. Hanya Tuhan yang tahu. Setiap kali ingat Allah, airmata mengalir. Tak kiralah semasa memandu, semasa buat kerja di pejabat atau dimana-mana sahaja. Macam ada yang tak kena dalam diri saya. 

Saya lihat pada diri. Depan cermin. Itu aku ? Ya Allah, masih banyak lagi yg perlu diperbetulkan... Macam mana kalau besok aku mati ? Ibadat aku masih belum sempurna. Auratku masih belum terjaga rapi. SubhanAllah. Kau lindungilah hamba-Mu ini, ya Allah.

Timbul kesedaran dalam diri, umur dah semakin meningkat. Dah tak ada apa lagi keseronokan dunia yg hendak dikejarkan. Apa lagi Lyda ? Semuanya kau dah rasa. Hidup enjoy, glamour, pakai bergaya. Semuanya kau dah rasa ! Sekarang dah tiba masa untuk kau tumpu pada yg SATU. ALLAH SWT.

Sedikit demi sedikit perubahan yang saya lakukan. Saya mulakan dengan cara berpakaian. Dulu, walaupon bertudung, tapi masih berjeans ketat, blouse pendek, lengan separuh. Astaghfirullahalazim. Entah apa yg difikirkan masa tu. Bukan tak pernah ditegur mama da ayah. Tapi ikut suka kepala sendiri. Dulu, asal pakai menutupi tubuh dan kepala, itu sudah menutup aurat tanpa menyedari ada garis panduan yg lebih tepat dalam menutup aurat. *istighfar* 

Alhamdulillah, tapi betullah, HIDAYAH TIDAK DATANG DENGAN SENDIRINYA. PERLU ADA USAHA MAKA ALLAH AKAN BERIKAN HIDAYAH ITU.




Ketika ini, tumpuan hanya diberikan pada diri, keluarga dan aktiviti mencari keredhaan Allah swt. Jodoh ? Hanya mampu tersenyum setiap kali diaju soalan begitu. Pada saya, lelaki yang benar-benar jujur dan ikhlas, yang mampu berdepan dengan ibubapa saya, maka dialah yang selayaknya bagi saya. Saya menolak ke tepi budaya bercinta. Untuk mendapat keberkatan daripada Allah swt dalam kehidupan ini, kita lakukanlah apa yang diredhai-Nya. InshaAllah, Dia akan berlaku adil pada kita. Selalu saya katakan, RAHSIA ALLAH BUAT SAYA, MASIH TERSIMPAN RAPI...





Wallahualam...