8 Disember 2012.
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana majlis berjalan dengan lancar dan saya telah selamat menjadi tunangan kepada Mohd Abd Hadi bin Mohd Anuar. Amin.
Sebagai seorang perempuan, sejujurnya, susah nak digambarkan perasaan apabila dirisik dan dipinang oleh seorang lelaki. Apatah lagi lelaki itu adalah lelaki yang sememangnya pilihan hati kita sendiri. Bukan senang. Berkawan memang ramai, tapi dalam ramai berkawan, bukan senang nak dapat satu orang lelaki yang betul-betul jujur dan ikhlas nak mengambil kita sebagai isteri. Dan bohong jika saya katakan sebelum ini, saya tak pernah risau tentang jodoh saya. Saya berpegang pada janji Allah, tapi kerisauan tetap ada.
Setiap kali berkawan, dan tiada kesudahan memang rasa macam "ya Allah, apa dosa aku?" "Masih ada ke dosa aku yang tergantung yang belum Engkau ampunkan?". Kecewa. Sedih. Hampa. Apa lagi bila hubungan tu terlerai dengan cara yang paling kita tak ingini. Tapi saya selalu ingat pesan Mama. Berdoa, buat solat Taubat dan Hajat. Itu semua kerja Allah. Ya, memang betul. Allah yang berkuasa ke atas setiap makhluk di muka bumi ini. Allah yang mengawal setiap tindak tanduk hambaNya di muka bumi ini. Allah yang mengunci setiap perasaan hambaNya di muka bumi ini. Jadi, siapa yang berhak ke atas kita? Allah.
Kehadiran bakal suami dalam hidup saya tak pernah saya duga. Apatah lagi bakal suami dah lama ada di depan mata saya selama ni. Tak pernah bercakap. Tak pernah bertegur. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya yang bakal suami dah ada depan mata. Sungguh besar kuasa-Mu ya Allah. Dalam pada saya tertanya-tanya, siapa bakal imam untuk diri ini. Muncul insan tersebut tanpa dirancang. Syukur ya Allah di atas pemberianMu ini. Pada saya, bakal suami adalah suatu anugerah yang sangat berharga buat saya. Cukup sempurna di mata saya. Dan sekarang, kami sedang menghitung hari untuk disatukan dalam ikatan yang halal. InshaAllah.
Doakan kami.
Love, Lyda.