Tuesday, February 12, 2013

Yes, I'm Engaged.

Assalamualaikum w.b.t


8 Disember 2012.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana majlis berjalan dengan lancar dan saya telah selamat menjadi tunangan kepada Mohd Abd Hadi bin Mohd Anuar. Amin.

Sebagai seorang perempuan, sejujurnya, susah nak digambarkan perasaan apabila dirisik dan dipinang oleh seorang lelaki. Apatah lagi lelaki itu adalah lelaki yang sememangnya pilihan hati kita sendiri. Bukan senang. Berkawan memang ramai, tapi dalam ramai berkawan, bukan senang nak dapat satu orang lelaki yang betul-betul jujur dan ikhlas nak mengambil kita sebagai isteri. Dan bohong jika saya katakan sebelum ini, saya tak pernah risau tentang jodoh saya. Saya berpegang pada janji Allah, tapi kerisauan tetap ada.

Setiap kali berkawan, dan tiada kesudahan memang rasa macam "ya Allah, apa dosa aku?" "Masih ada ke dosa aku yang tergantung yang belum Engkau ampunkan?". Kecewa. Sedih. Hampa. Apa lagi bila hubungan tu terlerai dengan cara yang paling kita tak ingini. Tapi saya selalu ingat pesan Mama. Berdoa, buat solat Taubat dan Hajat. Itu semua kerja Allah. Ya, memang betul. Allah yang berkuasa ke atas setiap makhluk di muka bumi ini. Allah yang mengawal setiap tindak tanduk hambaNya di muka bumi ini. Allah yang mengunci setiap perasaan hambaNya di muka bumi ini. Jadi, siapa yang berhak ke atas kita? Allah.

Kehadiran bakal suami dalam hidup saya tak pernah saya duga. Apatah lagi bakal suami dah lama ada di depan mata saya selama ni. Tak pernah bercakap. Tak pernah bertegur. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya yang bakal suami dah ada depan mata. Sungguh besar kuasa-Mu ya Allah. Dalam pada saya tertanya-tanya, siapa bakal imam untuk diri ini. Muncul insan tersebut tanpa dirancang. Syukur ya Allah di atas pemberianMu ini. Pada saya, bakal suami adalah suatu anugerah yang sangat berharga buat saya. Cukup sempurna di mata saya. Dan sekarang, kami sedang menghitung hari untuk disatukan dalam ikatan yang halal. InshaAllah.

Doakan kami.







Love, Lyda.

Tuesday, July 24, 2012

Duit Raya Dari Cosmoderm !!


Assalamualaikum w.b.t






First of all Lyda nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua readers. Masih belum terlambat kan ? Hihi. So sekarang dah masuk bulan puasa, seterusnya nak raya. Lyda pasti mesti anda semua sedang sebuk buat persiapan for raya. Mana nak tempah baju raya la, nak beli baju raya, buat kuih raya la kan? kan? ;P

Jadi, apa kata sambil-sambil itu, anda jenguk-jenguk sikit contest by COSMODERM ni. Haa mana tahu untung naseb dapat menang DUIT RAYA ? Siapa taknak duit kan ? Cakap sikit siapa taknak duit ? Nampak sangat menipunye ;P

Okay, seperti yang tertera dekat poster di atas, COSMODERM dengan bermurah hati nak bagi anda semua duit raya! Nampak tak jumlah duit raya yang COSMODERM nak bagi ?? Jadi, sangatlah rugi kalau anda tidak mengambil kesempatan untuk menyertai contest ni kerana.....as for me, tak ada lah susah sangat nak sertai contest ni kannn... Mudah sahaja :)


CARA-CARA PENYERTAAN :

1) Beli Tabir Suria dan Bedak Asas Cecair COSMODERM SPF35 PA++ di Guardian, Vitacare dan farmasi-farmasi persendirian atau membuat pembelian secara online di www.mycosmoderm.com.

2) Ambil gambar SEBELUM dan SELEPAS memakai Tabir Suria dan Bedak Asas Cecair COSMODERM SPF35 PA++ 

3) Lengkapkan slogan "Saya sayang COSMODERM kerana.................." (tidak melebihi 30 patah perkataan)

4) Hantarkan gambar SEBELUM dan SELEPAS + slogan + gambar resit pembelian + nama + no tel + alamat ke wajahcosmoderm@gmail.com

5) Hantarkan sebelum 5 Ogos 2012 Ahad (23:59) untuk menang!


*Dengan setiap pembelian Tabir Suria dan Bedak Asas Cecair, pihak Cosmoderm akan menderma RM1 kepada Tabung Hari Raya Projek Mentari, di Sunway Selangor.




KRITERIA untuk memenangi Pertandingan Rebut Duit Raya ini :

1) Gambar harusah asli dan tidak boleh diubahsuai dengan sebarang perisian (cth: Photoshop, Instagram dan lain-lain)

2) Perbezaan gambar SEBELUM dan SELEPAS yang ketara.

3) Slogan paling kreatif.

4) Solekan asas sahaja dibenarkan.

5) Gambar SELEPAS mestilah memegang Tabir Suria dan Bedak Asas Cecair COSMODERM.



TERMA & SYARAT :

1) Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd, Owi Lab Sdn Bhd, agensi pengiklanan dan ahli keluarga terdekat.

2) Penyertaan harus disertakan engan resit pembeliaan yang sah. 

3) Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon.

4) Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd mempunyai hak untuk tidak memuatnaik gambar yang merosakkan imej jenama.

5) Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd berhak mengikut budi bicara sendiri untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan nilai yang sama atau lebih. 

6) Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd berhak untuk meminda syarat-syarat peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa notis kepada mana-mana pihak.

7) Penerima hadiah memberi kebenaran kepada Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd untuk menggunakan gambar pemenang atau nama atau butir-butir lain untuk tujuan pengiklanan, perdagangan atau promosi tanpa pampasan atau pemberitahuan dan kebenaran dari pemenang.

8) Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd, pekerja, promoter, penganjur program tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kerosakan, atau apa-apa kecederaan yang mungkin dialami oleh peserta atau mana-mana orang berkaitan dengan Peraduan.

9) Semua pemenang bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan atau tuntunan yang mungkin timbul daripada mengambil bahagian dalam Peraduan atau penggunaan atau penebusan mana-mana hadiah.

10) Semua butir penyertaan dan tuntutan hadiah dalam Peraduan ini yang mungkin diletakkan dalam bahan promosi, membentuk sebahagian daripada Terma & Syarat.


So, apa tunggu lagi ? Good Luck readers !! ;)



Wednesday, May 2, 2012

25 Tahun...


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana saya masih dibei peluang untuk bernafas di muka Bumi ini hingga ke hari ini..

Alhamdulillah..
Saya masih punya kesempatan untuk menatap alam ciptaan-Nya yang indah permai ini..

Alhamdulillah..
Saya masih di sini, hari ini, menjalani kehidupan harian ketika usia saya genap 25 tahun.


Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..

Termenung sejenak... Lalu bertanya pada diri..

"Selama 25 tahun aku hidup, apakah yang telah aku sumbangkan pada diri aku ? Pada Pencipta-ku ? Ibubapa-ku ?

Sebak. Gelisah. Hanya Tuhan yang tahu. Setiap kali ingat Allah, airmata mengalir. Tak kiralah semasa memandu, semasa buat kerja di pejabat atau dimana-mana sahaja. Macam ada yang tak kena dalam diri saya. 

Saya lihat pada diri. Depan cermin. Itu aku ? Ya Allah, masih banyak lagi yg perlu diperbetulkan... Macam mana kalau besok aku mati ? Ibadat aku masih belum sempurna. Auratku masih belum terjaga rapi. SubhanAllah. Kau lindungilah hamba-Mu ini, ya Allah.

Timbul kesedaran dalam diri, umur dah semakin meningkat. Dah tak ada apa lagi keseronokan dunia yg hendak dikejarkan. Apa lagi Lyda ? Semuanya kau dah rasa. Hidup enjoy, glamour, pakai bergaya. Semuanya kau dah rasa ! Sekarang dah tiba masa untuk kau tumpu pada yg SATU. ALLAH SWT.

Sedikit demi sedikit perubahan yang saya lakukan. Saya mulakan dengan cara berpakaian. Dulu, walaupon bertudung, tapi masih berjeans ketat, blouse pendek, lengan separuh. Astaghfirullahalazim. Entah apa yg difikirkan masa tu. Bukan tak pernah ditegur mama da ayah. Tapi ikut suka kepala sendiri. Dulu, asal pakai menutupi tubuh dan kepala, itu sudah menutup aurat tanpa menyedari ada garis panduan yg lebih tepat dalam menutup aurat. *istighfar* 

Alhamdulillah, tapi betullah, HIDAYAH TIDAK DATANG DENGAN SENDIRINYA. PERLU ADA USAHA MAKA ALLAH AKAN BERIKAN HIDAYAH ITU.




Ketika ini, tumpuan hanya diberikan pada diri, keluarga dan aktiviti mencari keredhaan Allah swt. Jodoh ? Hanya mampu tersenyum setiap kali diaju soalan begitu. Pada saya, lelaki yang benar-benar jujur dan ikhlas, yang mampu berdepan dengan ibubapa saya, maka dialah yang selayaknya bagi saya. Saya menolak ke tepi budaya bercinta. Untuk mendapat keberkatan daripada Allah swt dalam kehidupan ini, kita lakukanlah apa yang diredhai-Nya. InshaAllah, Dia akan berlaku adil pada kita. Selalu saya katakan, RAHSIA ALLAH BUAT SAYA, MASIH TERSIMPAN RAPI...





Wallahualam...






Tuesday, April 3, 2012

Tea Tree Series (Review)


Assalamualaikum w.b.t

Hi everyone, thousands of apologies sebab Lyda delay utk entry ini. As usual, life became so hectic with works and personal stuffs. Ampunkan saya. Hihi ;P

So, as I have promised in my previous entry, Lyda akan share dengan anda semua tentang bagusnya TEA TREE SERIES BY COSMODERM ni. 



Mesti selalu semua pernah dengar perkataan Tea Tree ni dekat mana-mana kan ? Actually Tea Tree ni ada banyak kebaikan kepada anda yang mempunyai oily and acne skin problems. Sejujurnya, Lyda sendiri mempunyai masalah oily skin, cuma Lyda sedikit bernasib baik sebab Lyda tak ada masalah acne. Alhamdulillah.
Before using Tea Tree Series :
Sebelum Lyda jumpa product ni, seriously Lyda selalu rasa annoyed dgn kulit yg oily ni. Awal pagi keluar rumah, muka cantik j dah touch up foundation, compaq powder and so on. But... towards the end of the day, Ya Allah tuhan j yg tau. During lunch hour j, muka dah start oily. Penyelamatnya time tu, of course, Oil Control Film by Clean&Clear ! Tp if satu hari smp 2-3 pieces pakai, boleh bankrupt la kan ?
Satu lagi bila time bangun tidur waktu pagi, as so we know, sewaktu kita tidur, kelenjar sebum pada kulit kita banyak merembeskan minyak. Secara saintifiknya, this is normal ! However, ada sesetengah insan terpilih di antara kita, rembesan minyak itu keluar secara berlebihan. Too bad for us :( So, selalunya bila Lyda bangun pagi, benda pertama Lyda buat is BASUH MUKA !

One more thing, moisturiser ! Kita semua tau, org yg mempunyai oily skin tidak digalakkan apply moisturiser pada muka, right ?? Lyda sendiri mmg tak boleh pakai moisturiser daripada mana-mana product. Believed me, it will become worst ! Omaigadd !! Kulit bertambah-tambah la berkilau-kilau T.T Sedih sgt, sebab pada masa yang sama, kulit kita perlukan moisturiser especially bagi yang bekerja dalam air-cond mcm Lyda ni. Skin hydration berlaku okay !

After using Tea Tree Series :

Alhamdulillah, after Lyda pakai Tea Tree Series ni, I am super duper happy with my skin ! Minyak pada kulit dah reduce ! Tipu lah kalau kata tak ada minyak langsung. Ingat ya Ladies, setiap kejadian Allah s.w.t itu ada tujuan dan hikmahnya. Kalau kulit smp tak ada minyak terus, dah jadi kulit kering mengelupas pulak, ye kan ? So, apa yang kita mahukan skrg ni, just kurangkan rembesan minyak berlebihan shj.

Selain tu, bangun pagi pon, my skin dah tak oily seteruk yang sebelumnya. Sangat berpuas hati. In fact, kulit rasa bersih and tegang. Masuk toilet, tengok cermin, rasa bahagia je. Hihi Oil Control Film pon dah lama tak pakai, terselit je kat dalam handbag tu haa ;P Smp petang pukul 6 kat office pon, kulit dah tak oily ! Seriouss bestt !! 

The moisturiser, MashaAllah, Lyda dah boleh pakai moisturiser okay ! The texture of the moisteriser cream sgt superb. Tak oily, a bit sticky je, so bila anda semua pakai, mmg tak akan oily smp la end of the day ! Terbaikk !

Dan nak tau apa yang lagi AMAZING ?? Ini serious tak tipu. Ada satu pagi tu, Lyda rasa malas sangat nak apply foundation pergi kerja. So, after applying the toner and moisturiser, trus pakai compaq powder shj. Suddenly noticed something, my skin nampak mcm pakai foundation. Eh betul ke ni ? Touch up lagi compaq powder, eh eh mcm pakai foundation lah ! *mata bersinar-sinar* Rupa-rupanya, bila moisturiser tu dah di blend well together with the compaq powder, skin jadi sgt cantik :))


So basically Tea Tree Series ni ada 4 BASIC steps :

1) TEA TREE OIL FACIAL CLEANSER with Vitamin E
2) TEA TREE OIL CLARIFYING TONING LOTION with Vitamin E
3) TEA TREE OIL ANTI BLEMISH/TEA TREE OIL ANTI BLEMISH OIL EXPRESS
4) TEA TREE OIL DAY & NIGHT MOISTURISER

**Bagi yang ada masalah jerawat, boleh apply step 3. Bagi yang tidak ada masalah jerawat, bleh skip lah ok :)

Actually, TEA TREE SERIES BY COSMODERM ni bukan terhad kepada 4 product basic ni shj. Ada lagi yang lain, like example, for those yang ada body acne problem. Lyda akan share dengan anda dalam next entri ok. InshaAllah.


Kindly visit : www.mycosmoderm.com


Love,
Lyda Rosli.

Tuesday, March 27, 2012

Introduction to Cosmoderm


Hi semua. Seperti mana yang kita tahu, Lyda dah janji nak bagi intro dekat anda semua tentang apa itu COSMODERM sebenarnya ?

COSMODERM (sila klik) adalah sejenis produk yang menyediakan HALAL PERSONAL CARE untuk kulit dan badan dengan kandungan bahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Produk-produk COSMODERM adalah berasaskan ramuan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, buah-buahan dan herba. Menarik bukan ? Ohh yeahh ! Oleh itu, kulit tidak terlalu asyik didedahkan dengan bahan-bahan kimia yang berlebihan.

Hello Malaysiann !! COSMODERM is a product from our own country !! *proudproud* Dan memandangkan ia adalah produk keluaran Malaysia, maka ia juga adalah HALAL ! Alhamdulillah. I think this is a great news for all muslims. Sijil halal telah diiktiraf sendiri oleh JAKIM. 



Nak bercerita mengenai product COSMODERM, ada beberapa kategori ;

1) Vitamin E Series
2) Tea Tree Oil Series
3) Invisible Peel
4) Co-Enzyme Q10
5) Light and Bright
6) Body Care

Akan tetapi, untuk entri yang akan datang, Lyda akan share dengan anda tentang produk ;





Ketika ini, Lyda sendiri sedang menggunakan produk Tea Tree ni sebab kulit Lyda jenis yang oily. To be franked (tak baik tipu-tipu okay), sejak pakai produk ni, kulit dah kurang oily. Pada yg ada masalah kulit oily, perasan tak, kalau anda pakai moisteriser, kulit akan bertambah oily ? Sedangkan, kulit kita tetap memerlukan moisteriser especially for working people because one whole day staying in the office with aircond ! Bila kulit berminyak, selalu nya mesti ada masalah acne jugak kan ? So jangan risau, Lyda akan share my amazing experience with COSMODERM later !

Okay, sebelum Lyda terlupa, COSMODERM boleh didapati di PureHealth Pahrmacy, mana-mana independent pharmacies ataupon di ;

  
                     


Soalan : Kenapa COSMODERM tidak dijual di mana-mana supermarket atau hypermarket ?

Jawapan : COSMODERM dalam proses untuk masuk ke department store seperti Parkson, Jusco etc.

Sesiapa yang telah melayari website rasmi COSMODERM (sila klik), pastinya anda dapat lihat produk ini sangatlah affordable !

Soalan : Kenapa Cosmoderm dijual pada harga yang rendah ? 

Jawapan : Kerana COSMODERM adalah produk Malaysia yang dikeluarkan dari kilang di Malaysia. Research and Development dilakukan di Malaysia. Kebanyakkan produk lain, walaupon produk Malaysia, tetapi R&D dan production process dilakukan di luar negara, sebab itu harga mereka mahal. Dan disebabkan COSMODERM segala-galanya dilakukan di Malaysia, 100% tidak diragui status halal nya !



Anda boleh juga LIKE Facebook page : Cosmoderm (Halal Personal Care Products)


Love,
Lyda Rosli.