Tuesday, January 24, 2012

Cooking Note : Pavlova

Assalamualaikum w.b.t

Million of apologies kepada semua yang dah tertunggu-tunggu resipi Pavlova ni.
Suddenly server Streamyx saya bermasalah. Sorry ! ;)

So, sebagai pembuka tirai, nak bagi korang cuci mata dulu sebelum korang mencuci mulut...

*hehehehe*







Bahan yang diperlukan :

1) 5 biji putih telur.
2) 1 and a quarter cup of caster sugar (1 cup pon boleh kalau nak kurang manis)
3) 1 teaspoon of vinegar
4) 1 teaspoon of vanilla essence
5) 1 tablespoon of cornflour

Bahan untuk TOPPING :
1) 400ml of whipping cream
2) 1 tablespoon of vanilla essence
3) Fruits - ikut citarasa sendiri nak buah apa 

Cara membuat :

1) Masukkan putih telur ke dalam mixture dan pasangkan pada kelajuan separa laju sehingga jadi berbuih.

2) Kemudian masukkan caster sugar sedikit demi sedikit sehingga selesai.

3) Masukkan vinegar, vanilla essence dan cornflour yg telah diayak halus ke dalam putih telur td.

**ketika memasukkan bahan 2 & 3, kekalkan pada kelajuan sederhana. Kacau sehingga bahan menjadi pekat ala2 creamy ok ?

4) After bahan tadi dah jadi pekat dan creamy dan berkilat... walaweyyy mcm gamba di atas, hihi letakkan di atas dulang oven, YES letakkan begitu saja dan bentukkan la sikit guna sudu hokeyy !

**PERINGATAN : Sila gunakan kertas minyak dan bukan nya surat khabar !!

5) Dah siap bentuk dia comel-comel, masukkan dalam oven pd suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang sejam 15 minit bergantung pada acuan masing2.

Macam mana nak tahu dah masak?

Aish senang saja, bila korang dah mula nampak rekahan pd Pavlova korang tu. Dan... sila gunakan lidi utk periksa sama ada bahagian dalam Pavlova tu masih sticky ke tak. If dah merekah dan tak sticky, dah masak lah. Yeay !! *tepuk tangan*

6) After dah masak, keluarkan dari oven, very carefully sbb dia sgt fragile ! Sementara nak tunggu sejuk, boleh sediakan topping ! Yeayy !

7) Masukkan whip cream ke dalam mixture, dan kacau pada kelajuan yg sgt laju. Diulangi, sgt laju ! Tujuan ? Untuk nak pekatkan whip cream tu lah. Hihi. Jgn lupa, masukkan vanilla essence sekali, barulah wangi whip cream tu ;) After nampak agak2 dah pekat likat whip cream tu, terus sapu atas Pavlova and hiaskan dgn fruits !!


                                                             

my own version of pavlova =)

Selamat Mencuba !!



Love,
Lyda :)

Tuesday, November 22, 2011

Amalan 7 Tahun Kulit Halus Mulus



Assalamualaikum,

Hello Readers,
As promised, I dah cakap nak share dengan korang apa yang I amalkan untuk mendapatkan kulit yg cantik, licin, halus, mulus bla bla bla. Yang seangkatan dengannya lah kan :)

Sorry lah sebab lambat sgt I nak share dengan korang walaupon dah ramai yang tanya sebelum ni, I pakai apa. But normally I akan cakap, "Ala mcm biasa j, pakai foundation, loose powder, nampak lah flawless" Hihihi....

I mula-mula kenal produk ni masa I study dekat Matrix Arau back in 2005. Diperkenalkan oleh my bestfriend at that time. Dia org Kelantan. Yes, produk ni if org Kelatan tak tahu, I pon tak tahu lah nak ckp apa. Sebab produk ni dari Kelantan and org Kelantan yang banyak amalkan. So, I dah amalkan memakai produk ni sejak dari tahun 2005. 

Tidak lain tidak bukannnn, SERBUK BUNGA RAMBAI/SERBUK BUNGA TANJUNG.






I kurang pasti sama ada korang aware atau tidak tentang serbuk ni, but if korang aware pon, I'm sure tak ramai yg amalkan, am I right ? Seterusnya, korang view dulu pictures di bawah dan I akan explain kemudian :)


















Okay, this product boleh memainkan peranan sebagai SCRUB dan juga MASK. Ada dua cara untuk korang apply kan serbuk ni :

1) After bancuh dgn air, korang boleh buat mcm mask. Ratakan seluruh muka dan biarkan sehinga kering (ala-ala bedak sejuk). After kering, basahkan tangan and sental mcm scrub.

2) After bancuh dgn air, terus buat mcm scrub. Then bilas. Lepas tu, korg boleh la pakai pencuci muka mcm biasa.

Kebaikan :

1) If korang ada whitehead/blackhead, seriously boleh tanggal. Sbb serbuk tu mmg kasar, agak puas bila sental dekat muka.
2) Kulit jadi licin and gebu after korang gunakan. You can feel it right after you wash your face.
3) Kulit akan nampak lebih cerah, sebab sel-sel kulit mati, kulit kusam, daki pd kulit semua dah tak ada.
4) Parut-parut jerawatyg hitam juga boleh hilang, but ambil masa sedikit lama, sebab serbuk ni 100% daripada herba dan bunga-bungaan. No chemical.

**Untuk first timer, korang akan rasa sakit sikit masa nak sental kat muka tu, sebab dia 100% serbuk. Tak mcm normal scrub dekat kedai tu, scrub dia sikit j letak. Nak sental pon tak puas. Gunakan seminggu sekali.

So, serbuk ni korang boleh dpt dalam packing mcm ni and korang boleh dapat benda ni dekat mana-mana kiosk/stall kecik-kecik yang ada jual produk-produk Mustika Ratu, produk kesihatan traditional la senang cita. Dekat Carrefour, Jusco, Tesco tu kan banyak :)

Hopefully, after this, tak perlu la nak beli scrub mahal-mahal. Dahla ada chemical kannn ;P 


Selamat Mencuba.
Love,
Lyda :)

Sunday, November 13, 2011

Umumkan Hantaran : Perlu atau Tidak ?

Assalamualaikum,

Sounds weird kan I punya post ni ? Cakap mcm la dah ada pegalaman kawin. *LOL*
But seriously, suddenly I mcm terfikir mengenai isu ini *bunyi mcm masalah negara*. Orang zaman sekarang, bila dengar ada si polan ni nak kawin saja, antara soalan yang akan di tanya,

" Berapa kau letak hantaran Joyah ?"

or

" Eh tinggi tak pihak perempuan tu letak Tipah ?"






I was wondering, is it really necessary for us to tell the world how much you get from your husband's side ? #justasking

Sometimes, amalan begini apa yang I perasan, sehingga menimbulkan rasa riak pula. "Aku dapat hantaran RM50,000 nokkk" end up, tak sempat masuk bank, dah kena rompak. Haaa siapa nak menjawab ?

Then, siap ada yang pihak lelaki tak mampu nak bagi tinggi, tp sebab nak nampak coolll, sanggup topup duit sendiri, so nnt nampak la macam, "Wow tingginya hantaran diaa". Eh jgn taktau, ada mereka-mereka diluar sana yg buat begitu. Cuba angkat tangan sikit ? Hihi ;P

But, seriously, what's the rasional behind this ? *still don't get it*
Is it "berapa hantaran"  perlu menjadi topik utama ibu-ibu zaman sekarang, or maybe I can say, not only ibu-ibu ? Kelihatannya, anak-anak mereka juga sudah mendapat genetik keturunan ibu mereka *knockingmyhead*

And I just got a news from my mom, she said that my aunty just called and told that my cousin's gf nak letak hantaran RM 30,000. What tha ??? Sedangkan my cousin sedang berpulun menghabiskan medic nya di Indonesia. *Sorry couz ;P

Gara-gara hantaran, sometimes ibu-ibu atau bapak-bapak atau taktaulah siapa sebenarnya yg menjadi punca, seolah-olah dah mcm nak menjual anak ? *excuse my words*


Jadi, dengan kesimpulannya, I told my mom,

"Ma, esok kakak kahwin, jgn hebahkan berapa hantaran issit okay ? Just keluarga kita and keluarga dia saja yg tahu. And keluarga does not mean, entireeeee keluarga. Yea, u get me rite mama ?" 

So, mari bersama kita merenung bulan dan bintang. *pandang ke langit*


Love,
Lyda :)




SPM : Tips Sebelum, Semasa & Selepas Peperiksaan


                                                          

Hello adik-adik,

Whoah esok ramai yg bakal menduduki SPM kan ? Sejujurnya, akak dah 7 tahun meninggalkan zaman SPM. Hihi boleh agak tak berapa tua ? *ehemsss*

So, taknak celoteh banyak, akak berbesar hati nak kongsi sedikit tips untuk adik-adik yg nak jawab periksa esok.

 Sebelum Peperiksaan : 

1) Jangan tidur lewat. Pastikan waktu tidur tak lebih dari pukul 12am. Ingat, otak kita perlukan rehat, and oxygen utk refresh segala yg telak di'absorb' utk hari esok.

2) Bangun solat subuh, cubalah bangun awal sikit, and buat solat hajat. Solat hajat dan berdoa, " semoga Allah tenangkan hati adik-adik, lapangkan fikiran", "supaya adik-adik dpt menjawab soalan dengan mudah tanpa rasa ragu"

3) Sarapan yg bersederhana. Jgn terkurang atau terlebih.

4) Semasa hendak keluar rumah, selangkah keluar dr rumah, jangan lupa baca : Bismillahi Tawakaltu'alallah.

5) Semasa dalam perjalanan, banyak kan berzikir.

6) Setengah jam sebelum masuk dewan peperiksaan, pls pls pls, jgn buka buku atau nota lg. Sebab, waktu itu, kita dah mula panik. Nanti mula lah dah mula keliru. Stay away from group of student yg masih membuka nota. 

Semasa Peperiksaan :

1) Semak semua soalan sekali lalu dari awal sampai habes untuk menghilangkan rasa nervous dan memberi sedikit idea untuk menjawab. Masa semak, bila idea/formula dtg, cepat2 jog down dlu dkt page tu.

2) Andai kata adik-adik blank untuk satu-satu soalan itu, cepat-cepat tinggalkan dan teruskan dgn soalan seterusnya. Time management darling !

3) Ini penting ! Selalu berpihak pada jawapan pertama yg terlintas difikiran. Yes ! Selalunya, jawapan yg pertama itu berkemungkinan besar jawapan yg tepat. But after second thought, normally itu hanya gangguan untuk kita meletakkan pilihan bagi jawapan pertama. Tips ni akak dpt dr seorg penceramah masa akak nak SPM dulu. It's damn true ! Unless, if mmg adik-adik pasti jawapan yg pertama adik pilih tadi mmg salah.

4) Sekiranya perlu memanggil pengawas peperiksaan, angkat tgn belah kiri, tangan kanan teruskan menulis. Jgn tunggu smp pengawas peperiksaan dtg.

5) Lakukan semakan sebelum menhantar kertas peperiksaan. Tp ingat (berbalik pada point number 3), jgn kelirukan diri sendiri. If rasa keliru dgn jawapan semasa menyemak, always stick to your first answer ! But if semasa menyemak, mmg baru realise salah, then tuka la *hihi*

Selepas Peperiksaan :

1) Jgn semak kertas peperiksaan ye. Akak tau ini mmg habit !! Nak semak tunggu smp semua paper settle okay ?

2) Tawakkal.

3) Buat solat hajat. Yes, still buat solat hajat. Untuk ? Hurm untuk, "Supaya Allah lembutkan hati pemeriksa", "semoga mood pemeriksa berada didalam keadaan baik", "supaya mendapat pemeriksa seagama yg sebelum menanda kertas ada membaca bismillah dan penyabar", "semoga pemeriksa bermurah hati" :)


So, ini sahaja yg dpt akak kongsi dgn adik-adik semua :)





Love,
Lyda :)
 









Tuesday, November 8, 2011

Beauty Tips : Wanita & Make Up


Evening,

Waktu menunjukkan pukul tepat 10:10pm ketika I menaip entri ini. Hati sebenarnya kecewa hancur berkecai sebab sebenarnya I nak post entri mengenai other topic. Tapi malangnya, material I hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. And so, terpaksa la cepat-cepat I mencari materials lain sebelum mood untuk meng'update' blog pergi membawa diri. Sigh.

WANITA DAN MAKE UP.

Oh la la la. Mama miaa. Perempuan mana tak suka kan make up kannn ??


 Sourced by GOOGLE



Haa, so ada tak sesiapa yang collection make up dia dah bertimbun? Mestilah ADA kan ! *Laugh Out Loud*

Tapi,
Nowadays, korg perasan tak, ke mana-mana kita pergi, macam dah terbiasa saja nampak perempuan bermake up tebal. Diulangi, BERMAKE UP TEBAL. Pergi KLCC, PAVILION, rumah sedara-mara hanya untuk kenduri/beraya, jalan-jalan makan cendol/rojak mamak bawah pokok ponn nak bermake up.

As for me la kan, for our daily life/daily activities, tak perlu la nak bermake up tebal. Tipis-tipis shj sudah memadai. Natural make up juga sudah memadai.
Kenapa ?

1) As so you know, Malaysia beriklim panas. Bukan seperti di UK, Aussie atau New Zealand yea. Even you all kata, ala tempat yg I nak gi tu ada air-cond laa or ini malam, bukan ada matahari pon, tak berpeluh.Okay I understand that, tapi..bukan sepanjang masa pon kan ?

2) Kalau dah hari-hari bermake up tebal, katakan la korang kena attend majlis, prom night ke, e-day/wedding korang ke ? Korang rasa, akan ada kelainan tak bila org tgk ? Sedangkan waktu begitulah yg korg sepatutnya menjadi perhatian. Tapi since org dah biasa sgt tengok, bak kata org tua-tua, Ermm dah hilang seri. *Just think about it*

Tapi, I tak kata pon yang korg tak boleh bermake up. Teehee. Ada yg mengamuk nnt dgn I. Ye, opkoss lah boleh darlingss. Why not, you just guna EARTH TONE COLOR and foundation tak payah tebal ?

If you all noticed, international artist kalau attend Grammy Award ke, or tah apa-apa award lg la, pernah ke tgk diorg make up tebal berinci-inci ? Sorry, it's a no-no-no ! Except for Lady Gaga. Harhar Harhar !

Well, international artist ramai yg make up menggunakan earth tone color because NATURAL LOOK IS THE BEST. But opkoss kena touch up skit-skit kan if not, you will look like a skeleton pulak.

Jennifer Lopez

 Jessica Alba

Hayden Panettiere



So, mostly yg bermake up tebal ni, is when diorg nak photoshoot, masuk tv ke apa but not for daily activities. 
Remember ladies, 
LESS IS MORE.



Love,
Lyda :)