Sunday, November 13, 2011

SPM : Tips Sebelum, Semasa & Selepas Peperiksaan


                                                          

Hello adik-adik,

Whoah esok ramai yg bakal menduduki SPM kan ? Sejujurnya, akak dah 7 tahun meninggalkan zaman SPM. Hihi boleh agak tak berapa tua ? *ehemsss*

So, taknak celoteh banyak, akak berbesar hati nak kongsi sedikit tips untuk adik-adik yg nak jawab periksa esok.

 Sebelum Peperiksaan : 

1) Jangan tidur lewat. Pastikan waktu tidur tak lebih dari pukul 12am. Ingat, otak kita perlukan rehat, and oxygen utk refresh segala yg telak di'absorb' utk hari esok.

2) Bangun solat subuh, cubalah bangun awal sikit, and buat solat hajat. Solat hajat dan berdoa, " semoga Allah tenangkan hati adik-adik, lapangkan fikiran", "supaya adik-adik dpt menjawab soalan dengan mudah tanpa rasa ragu"

3) Sarapan yg bersederhana. Jgn terkurang atau terlebih.

4) Semasa hendak keluar rumah, selangkah keluar dr rumah, jangan lupa baca : Bismillahi Tawakaltu'alallah.

5) Semasa dalam perjalanan, banyak kan berzikir.

6) Setengah jam sebelum masuk dewan peperiksaan, pls pls pls, jgn buka buku atau nota lg. Sebab, waktu itu, kita dah mula panik. Nanti mula lah dah mula keliru. Stay away from group of student yg masih membuka nota. 

Semasa Peperiksaan :

1) Semak semua soalan sekali lalu dari awal sampai habes untuk menghilangkan rasa nervous dan memberi sedikit idea untuk menjawab. Masa semak, bila idea/formula dtg, cepat2 jog down dlu dkt page tu.

2) Andai kata adik-adik blank untuk satu-satu soalan itu, cepat-cepat tinggalkan dan teruskan dgn soalan seterusnya. Time management darling !

3) Ini penting ! Selalu berpihak pada jawapan pertama yg terlintas difikiran. Yes ! Selalunya, jawapan yg pertama itu berkemungkinan besar jawapan yg tepat. But after second thought, normally itu hanya gangguan untuk kita meletakkan pilihan bagi jawapan pertama. Tips ni akak dpt dr seorg penceramah masa akak nak SPM dulu. It's damn true ! Unless, if mmg adik-adik pasti jawapan yg pertama adik pilih tadi mmg salah.

4) Sekiranya perlu memanggil pengawas peperiksaan, angkat tgn belah kiri, tangan kanan teruskan menulis. Jgn tunggu smp pengawas peperiksaan dtg.

5) Lakukan semakan sebelum menhantar kertas peperiksaan. Tp ingat (berbalik pada point number 3), jgn kelirukan diri sendiri. If rasa keliru dgn jawapan semasa menyemak, always stick to your first answer ! But if semasa menyemak, mmg baru realise salah, then tuka la *hihi*

Selepas Peperiksaan :

1) Jgn semak kertas peperiksaan ye. Akak tau ini mmg habit !! Nak semak tunggu smp semua paper settle okay ?

2) Tawakkal.

3) Buat solat hajat. Yes, still buat solat hajat. Untuk ? Hurm untuk, "Supaya Allah lembutkan hati pemeriksa", "semoga mood pemeriksa berada didalam keadaan baik", "supaya mendapat pemeriksa seagama yg sebelum menanda kertas ada membaca bismillah dan penyabar", "semoga pemeriksa bermurah hati" :)


So, ini sahaja yg dpt akak kongsi dgn adik-adik semua :)





Love,
Lyda :)
 









No comments:

Post a Comment