Bahan-bahan :
1) Roti Pita ( yg size bulat tu )
2) Mayonaise
3) Thousand Island
4) White Pepper
5) Black Pepper Sauce
6) HP sauce
7) Bawang Besar
8) Tomato
9) Isi Ayam
10) Salad
Cara penyediakan (A) :
1) Rebus isi ayam.
2) Selesai merebus, carik-carik isi ayam.
3) Panaskan roti pita atas kuali tanpa minyak. Just nak bagi dia garing.
4) Potong roti pita membentuk semi-bulatan. Tidak perlu potong untuk lubang tengah, roti tu mmg dh berlubang bile dipanaskan. Korang just perlu luaskan ruang dlm j.
5) Potong tomato membentuk dadu (buangkan lendir and biji dalamnya)
6) Hiris bawang besar halus-halus.
7) Hilis salad sederhana halus.
Cara penyediaan (B) : Inti
1) Tumis bawang seperti biasa. Minyak jgn banyak. ( tak perlu tunggu smp layu, agak bau dah naik oklah )
2) Masukkan isi ayam yg dah dicarik-carik tadi. Gaul sebati, just nak bagi ayam garing sikit.
3) Masukkan black pepper sauce secukup rasa. ( terpulang pd selera )
4) Masukkan HP sauce. Sedikit shj. Setengah sudu besar cukup.
5) Gaul sehingga sebati, tak perlu berkuah sgt. Sebab nnt letak dlm roti, roti jadi lembik.
6) Akhir sekali masukkan tomato yg dah didadukan td. Gaul sebati, tak perlu lame sbb nnt tomato jd lembik juge.
Siap untuk inti !
Cara penyediaan (C) :
1) Gaulkan inti tadi bersama dgn mayonaise.
2) Masukkan white pepper ikut selera korg nak berapa byk.
Cara penyediaan (D) :
1) Masukkan inti ke dalam roti sedikit shj dulu.
2) Masukkan salad (berselangkan dgn inti)
3) Masukkan inti semula.
4) Letakkan thousand island sauce.
5) Chilli sauce if nak pedas lg.
Tips :
-Sebelom masokkan inti, pastikan inti dah sejuk, nnt takut roti jd lembik sbb berwap.
-Korang boleh buat byk and simpan dlm fridge. Esok nak mkn, just panaskan.
SELAMAT MENCUBA !!
Assalamualaikum
ReplyDeletethanks for sharing this nice recipe=)
Saya bookmarked ni, kot kot nanti nak try en. Hehe Thankyou sis (;
ReplyDelete